ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 29. Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.

Tiap-tiap Pendaftar hendaklah menyimpan suatu Daftar Perkahwinan dan apa-apa buku sebagaimana yang ditetapkan oleh Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri Melaka hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oleh Pendaftar dalam Daftar Perkahwinannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.