ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 127. Bermulanya hukuman pemenjaraan ke atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman pemenjaraan

(1) Apabila seseorang yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan dihukum dengan hukuman pemenjaraan, hukuman pemenjaraan itu hendaklah bermula sama ada dengan serta-merta atau apabila habis tempoh hukuman pemenjaraan yang telah dikenakan sebelum itu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang daripada mana-mana bahagian hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana sabitannya yang dahulu atau yang kemudian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.