ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXX - PENGHINAAN MAHKAMAH



Seksyen 220. Notis menunjuk sebab.

(1) Jika penghinaan dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai prosiding.

(2) Dalam segala hal lain mengenai penghinaan Mahkamah, notis menunjukkan sebab mengapa orang itu tidak harus dipenjarakan atau didenda hendaklah disampaikan kepada orang itu sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.