ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 1 - PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA



Seksyen 41. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian ini, penyampaian apa-apa dokumen hendaklah ke diri orang itu, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan dokumen itu atau dengan mengemukakan dokumen itu untuk pemeriksaan dan menyerahkan satu salinannya.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah disifatkan sebagai dokumen asal.

(3) Penyampaian itu hendaklah dilaksanakan oleh mana-mana pegawai Mahkamah atau mana-mana orang lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.