ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 1 - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 187. Cara permohonan.

(1) Jika menurut Enakmen ini suatu permohonan semasa perjalanan apa-apa prosiding, sebelum atau selepas penghakiman, secara nyata atau secara implikasi, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah, permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 51 dan hendaklah, kecuali diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar.

(2) Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan permohonan itu.

(3) Permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara ex-parte kecuali diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya oleh Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.