ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA
Seksyen 124. Peruntukan-peruntukan mengenai perlaksanaan hukuman penjara.
Berhubung dengan hukuman-hukuman penjara, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah diikuti-
(a) manakala orang yang dituduh itu dihukum dengan hukuman penjara, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu hendaklah dengan segera mengeluarkan satu waran kepada penjara di mana dia akan ditahan dan, kecuali jika orang yang dituduh itu telah sedia ditahan di penjara itu, hendaklah menghantarkannya di bawah jagaan polis atau Pemeriksa Agama ke penjara itu berserta dengan waran;
(b) tiap-tiap waran bagi menjalankan sesuatu hukuman penjara hendaklah diarahkan kepada Penguasa Penjara itu, atau tempat lain di mana banduan itu hendak ditahan;
(c) apabila banduan itu hendak ditahan di sesebuah penjara, waran hendaklah diserahkan kepada Penguasa Penjara itu;
(d) tiap-tiap penjara hendaklah berjalan mulai dari tarikh hukuman itu dijatuhkan, kecuali jika Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu, mengarahkan sebaliknya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.