ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII- TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 158. Rayuan dari hukuman.

(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah bawahan di bawah peruntukan Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Peruntukan-peruntukan Bab XVI hendaklah, setakat yang boleh dipakai, kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengubah atau membatalkan keputusan atau meringankan, mengubah atau membatalkan hukuman yang dikenakan.

(3) Peruntukan-peruntukan Bab XVII juga hendaklah dipakai kepada semua tindakan oleh seorang Kadi di bawah Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.