ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Proses untuk Memaksa Kehadiran - Kes Mal



Seksyen 91. Bukti penyerahan.

(1) Penyerahan proses boleh, kecuali diperintah oleh Mahkamah sebaliknya, dibuktikan dengan afidavit orang yang melaksanakan penyerahan itu dan, jika penyerahan adalah ke atas penerima sendiri dan orang yang menerima itu tidak secara sendiri dikenali oleh penyerah, dengan afidavit orang yang melaksanakan penyerahan itu dan afidavit orang yang mengenalkan penerima itu kepadanya.

(2) Orang yang menerima serahan itu hendaklah menandatangani satu akuan penerimaan, tetapi keengganan atau ketidakupayaan menandatangani tidak akan mencacatkan penyerahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.