ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 32. Kesalahan berhubung dengan pernikahan.

(1) Seorang yang dengan diketahuinya dan berlawanan dengan Enakmen ini menikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai pernikahan atau menjalankan upacara pernikahan-
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila dithabit dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.

(2) Seorang yang bernikah atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai pernikahan atau yang menjalani sesuatu aturcara pernikahan dengan seorang lain berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila dithabit dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.