ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 61. Pelantikan pegawai masjid.

(1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Sabah hendaklah dilantik seorang Naqib Masjid, seorang Imam, seorang Imam Ratib, seorang Bilal dan seorang Pembantu Bilal.

(2) Jawatan-jawatan Naqib Masjid, Imam, dan Bilal hendaklah menjadi jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri.

(3) Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, atas nasihat Majlis, dari kalangan orang-orang berkelayakan yang sesuai.

(4) Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, atas nasihat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak dari kalangan anak kariah.

(5) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah menjadi Imam atau Bilal suatu masjid yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Iman atau Bilal masjid itu masing-masingnya dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 62, terus memegang jawatan demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.