ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan Yang Dibuat Dalam Keadaan Khas



Seksyen 25. Pernyataan mengenai fakta dari jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu adalah qarinah.

Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang wujudnya sesuatu fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu sebutan permulaan yang terkandung dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar dalam Warta Persekutuan atau Negeri, adalah qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.