ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan.

(1) Enakmen Keluarga Islam 1983 [Enakmen No. 8 Tahun 1983] dimansuhkan.

(2) Semua prosiding yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

(3) Pemansuhan ini tidaklah menyentuh perjalanan terdahulu Enakmen yang dimansuhkan atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.