ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 13. Permohonan untuk pendaftaran.

(1) Mana-mana orang yang hendak mendirikan Sekolah Agama hendaklah memohon untuk pendaftaran, dalam borang yang ditetapkan, kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan kepada Pendaftar suratcara yang dicadangkan bagi Jemaah Pengurusan itu.

(2) Setelah menerima suatu permohonan, Pendaftar hendaklah menimbangkan sama ada hendak meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3) Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan suratcara Sekolah Agama itu sekali dengan Jemaah dan mengeluarkan Perakuan Pendaftaran bagi sekolah itu dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.