ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VIII - ADUAN KEPADA HAKIM



Seksyen 74. Penangguhan pengeluaran proses.

Jika Hakim ada keraguan yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu kesalahan yang dia berkuasa mengambil ketahui, dia boleh, apabila pengadu itu telah diperiksa, merekodkan alasannya dia meragui kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan pengeluaran proses bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan sama ada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah seorang Pegawai Penguatkuasa Agama membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.