ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 218. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat.

Jika seseorang dibebaskan atas jaminan, ia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai yang membenarkan jaminan itu dibuat, alamat di mana semua notis dan proses Mahkamah boleh disampaikan kepadanya dan jika orang itu tidak dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses Mahkamah tidak dapat dibuat kepadanya, notis atau proses Mahkmah yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.