ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 5 - PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN



Seksyen 105. Mahkamah boleh mengemukakan soalan kepada tertuduh

(1) Bagi maksud membolehkan tertuduh menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan terhadapnya, Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat sesuatu perbicaraan, tanpa memberikan amaran terlebih dahulu kepada tertuduh, mengemukakan apa-apa soalan kepadanya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah.

(2) Jawapan yang diberikan oleh tertuduh bolehlah dipertimbangkan dalam perbicaraan itu dan dijadikan keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana perbicaraan bagi apa-apa kesalahan lain yang jawapan sedemikian berkecenderungan menunjukkan bahawa dia telah melakukannya.

(3) Pemeriksaan tertuduh hendaklah bagi maksud membolehkan dia menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan terhadapnya dan tidak boleh menjadi suatu pemeriksaan am.

(4) Budi bicara yang diberikan oleh seksyen ini bagi menyoal tertuduh tidak boleh dijalankan bagi maksud mendorongnya membuat pernyataan yang menunjukkan dia telah melakukan jenayah.

(5) Soalan-soalan tidak boleh dikemukakan kepada tertuduh semata-mata untuk menyokong kes pihak pendakwa apabila terdapat kecacatan pada kes pihak pendakwa.

(6) Bilamana tertuduh diperiksa di bawah seksyen ini oleh Mahkamah, keseluruhan pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah direkodkan dengan sepenuhnya, dan rekod itu hendaklah dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak memahami bahasa yang digunakan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang difahaminya, dan dia adalah bebas untuk menjelaskan atau menambah jawapannya.

(7) Apabila keseluruhan pemeriksaan itu telah menepati apa yang dinyatakan oleh tertuduh sebagai benar, maka rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.