ENAKMEN 9 TAHUN 1995
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

BAHAGIAN VI - KECUALIAN AM



Seksyen 45. Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

(1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya, pada masa dia melakukan perbuatan itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

(2) Kecualian yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

Huraian 1 - Seseorang yang, dengan kerelaannya sendiri, atau kerana diugut akan dipukul, menyertai kumpulan ajaran salah dengan mengetahui pegangan mereka tidaklah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan bahawa dia telah dipaksa oleh sekutunya supaya melakukan sesuatu yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Huraian 2 - Seseorang yang ditangkap oleh suatu kumpulan ajaran salah dan dipaksa supaya melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang dengan ugutan bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.