ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN OANG TERSALAH TAHAN
WARGA GELEDAH



Seksyen 43. Bila waran geledah dikeluarkan.

(1) Apabila-
Mahkamah bolehlah mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung selepas ini.

(2) Waran geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Syariah dan kepada pegawai-pegawai lain yang disebutkan nama di dalamnya, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah melaksanakan waran itu.

(3) Mahkamah yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Ketua Polis Negeri dan kepada lain-lain pegawai yang disebut nama di dalamnya atau mana-mana orang atau orang lain yang bukan Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana pegawai polis atau orang itu bolehlah melaksanakan waran itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.