ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 24. Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim.

Apabila sesuatu kesalahan itu dilakukan di hadapan seorang Hakim di dalam bidangkuasa tempatannya, dia boleh dengan sendirinya menangkap atau memberi kuasa kepada mana-mana orang supaya menangkap pesalah itu, dan dia boleh kemudiannya, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini mengenai jaminan, mengkomitkan pesalah itu ke dalam tahanan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.