ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 22. Keahlian Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(1) Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah terdiri daripada—
(2) Pendaftar Wakaf hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(3) Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (g), hendaklah dilantik untuk memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(4) Pelantikan ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf di bawah perenggan (1)(a) dan (g) boleh, pada bila-bila masa ditamatkan oleh Majlis tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.

(5) Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (g) boleh, pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberi suatu notis bertulis kepada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.