ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVII - ORANG TAK SEMPURNA AKAL



Seksyen 215. Bila orang yang dituduh didapati tidak sempurna akal.

Apabila orang yang dituduh didapati sebagai seorang yang sempurna akalnya pada masa mana-mana perbicaraan di hadapan Hakim, dan Hakim berpuas hati daripada keterangan yang diberi di hadapannya ada sebab-sebab bagi mempercayai yang orang yang dituduh itu melakukan suatu perbuatan yang mana jika akalnya sempurna adalah menjadi suatu kesalahan, dan semasa dia melakukan perbuatan itu disebabkan oleh ketidak sempurnaan akalnya, dia tidak berupaya untuk mengetahui jenis perbuatannya atau bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah atau bertentangan dengan undang-undang, Hakim hendaklah meneruskan kes itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.