ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 33. Waran kepada siapa diarahkan.

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah biasanya diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai itu boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat di dalam Negeri Selangor.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap boleh mengarahkan kepada Ketua Polis Negeri Selangor dan lain-lain Pegawai Polis di dalam Negeri Selangor atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis dan mana-mana orang atau Pegawai ini boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam Negeri Selangor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.