ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN IV - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 56. Pegawai Penguatkuasa Syariah.

(1) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Terengganu atau perkhidmatan bersama seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Syariah untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

(2) Orang yang, sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah atau Pegawai Penguatkuasa Syariah di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah atau Pegawai Penguatkuasa Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.