ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN XI - AM



Seksyen 139. Rujukan kepada Undang-Undang Islam.

(1) Mana-mana peruntukan atau pentafsiran mana-mana peruntukan dalam Ordinan ini yang takkonsisten dengan Undang-Undang Islam hendaklah, setakat ketakkonsistenan itu, terbatal.

(2) Jika terdapat apa-apa lakuna atau sekiranya ada apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyatanya dalam Ordinan ini atau dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, maka Mahkamah hendaklah merujuk kepada Undang-Undang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.