ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984

BAHAGIAN XXX - WANG, KUMPULAN WANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 213. Wang yang tak dituntut.

(1) Pada penghujung tiap-tiap bulan kalendar Mahkamah hendaklah meremit kepada Kerajaan semua wang yang pada satu haribulan dalam bulan tersebut telah terkumpul dalam akaun bank Mahkamah tersebut melebihi enam bulan dan yang mana tiada sesiapa membuat permohonan untuk pembayaran keluar itu ditangguhkan dan hendaklah meremitkan bersama suatu senarai yang memperihalkan wang-wang tersebut.

(2) Wang yang sedemikian tidak boleh dibayar keluar kecuali oleh pegawai yang diberi kuasa mengenainya dengan mengemukakan sesuatu perintah Mahkamah untuk pembayarannya bersama baucar yang betul.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.