ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEMERIKSA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 53. Maklumat.

(1) Tiap-tiap maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan, jika diberi dengan lisan kepada seseorang Pemeriksa Agama, hendaklah dituliskan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada pengadu itu.

(2) Tiap-tiap maklumat tersebut hendaklah dimasukkan seperti Borang F dalam Jadual Pertama yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah menyatakan dengan catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau dituliskan seperti tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.