ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 205. Hukuman penjara.


(1) Tertakluk kepada seksyen 207 sesudah sahaja hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah hendaklah mengeluarkan waran penjara ke atas yang dihukum dengan mengarahkan Ketua Penjara yang berhampiran untuk dijalankan hukuman itu. Jika yang dihukum tidak sempat dipindahkan ke penjara mengikut waran penjara itu, maka ia bolehlah ditahan bagi sementara di dalam bilik tahanan polis yang berhampiran atas kuasa waran yang sama sehingga ia dipindahkan ke penjara.

(2) Tiap-tiap hukuman penjara itu hendaklah bermula berkuatkuasa dari tarikh hukuman itu dijatuhkan melainkan Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu mengarahkan selain dari itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.