ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 44. Menyubahati kesalahan yang dilakukan oleh orang awam, atau oleh seramai lebih daripada sepuluh orang.

Sesiapa yang menyubahati sesuatu kesalahan dilakukan oleh orang awam, amnya, atau oleh sebilangan atau sekumpulan orang seramai lebih daripada sepuluh orang, hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN

A
. menampalkan pada suatu tempat awam sekeping pelekat, menghasut suatu mazhab yang mengandungi lebih daripada sepuluh orang ahli supaya bertemu pada suatu waktu dan tempat yang tertentu bagi maksud hendak menyerang ahli-ahli suatu mazhab yang berlawanan semasa mana-mana mereka mengadakan suatu perarakan. A. telah melakukan kesalahan yang ditakrifkan dalam seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.