ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXIII - PERUNTUKAN AM



Seksyen 246. Sijil Pakar.

(1) Di dalam mana-mana prosiding Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana akauntan, aktuari, jurubina, botanis, ahli kimia, jurutera, pengamal perubatan, juruukur atau lain-lain ahli sains atau pakar dan boleh menerima sebagai (keterangan apa-apa akaun, analisa, pelan, rajah atau dokumen berkaitan dengan dan dicamkan oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan) kepada pihak-pihak mengenai hak memeriksa balas di bawah sub-seksyen (2).

(2) Mana-mana pihak yang dengan suci hati ingin memeriksa balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan pemeriksaan balas itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.