ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI YANG BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.

Mana-mana orang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan mana-mana perkahwinan sedangkan dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan pemenjaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.