ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 13. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat.

(1) Yang di-Pertua boleh menjemput sesiapa yang bukan ahli Majlis hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi tidak berhak mengundi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.