ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 181. Keengganan untuk memberi keterangan.

Jika mana-mana saksi di hadapan Mahkamah enggan untuk memberi keterangan atau menjawab soalan-soalan sebagaimana yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan mana-mana dokumen di dalam milik atau kuasanya yang ia telah diminta oleh Mahkamah mengemukakannya dan tidak memberi apa-apa alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah itu boleh atas sebab yang direkodkan dengan bertulis menghukumnya dengan hukum penjara tidak lebih daripada tiga puluh hari melainkan jika dalam masa itu orang itu bersetuju memberi keterangan atau disoal dan menjawab soalan itu atau mengemukakan dokumen itu. Jika ia terus enggan ia boleh diuruskan mengikut seksyen 177 atau seksyen 179 dengan tidak menghiraukan apa-apa hukuman yang mungkin telah dikenakan di bawah seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.