ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 147. Perintah mengambil keterangan lanjut.

(1) Dalam memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini, Mahkamah Tinggi Syariah, jika difikirkan keterangan tambahan adalah perIu, bolehlah sama ada mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah, ia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Tinggi Syariah sesudah itu dengan seberapa segera yang boleh, hendaklah terus menyelesaikan rayuan itu.

(3) Kecuali jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan sebaliknya, tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan diambil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.