ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 190. Penjamin boleh memohon supaya bon dilepaskan

(1) Mana-mana penjamin bagi kehadiran seseorang yang dilepaskan atas jaminan boleh pada bila-bila masa memohon kepada seorang Hakim supaya melepaskan bon itu sama ada pada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu.

(2) Apabila permohonan sedemikian dibuat, Hakim hendaklah mengeluarkan waran tangkap mengarahkan supaya orang yang dilepaskan sedemikian dibawa ke hadapannya.

(3) Apabila orang itu hadir menurut waran itu atau dia menyerah diri dengan sukarela, Hakim hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan, sama ada pada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu, dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu boleh memenjarakannya.

(4) Seseorang penjamin boleh pada bila-bila masa menangkap orang yang bagi kehadirannya dia menjadi penjamin dan dengan serta-merta membawanya ke hadapan seorang Hakim, yang hendaklah sesudah itu melepaskan bon penjamin itu dan hendaklah meminta orang itu mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika dia tidak berbuat demikian Hakim itu hendaklah memenjarakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.