ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - JAMINAN



Seksyen 181. Bila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan Hudud Syarie dan qisas boleh dilepaskan atas jaminan.

Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan Hudud Syarie atau qisas telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, ia boleh dilepas atas jaminan oleh Pegawai Polis yang menjaga daerah itu atau oleh Mahkamah itu tetapi ia tidak boleh dilepaskan atas jaminan jika ia boleh dikenakan hukuman mati:

Dengan syarat Mahkamah boleh mengarahkan supaya perempuan yang mengandung atau orang yang tak berupaya dilepaskan atas jaminan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.