ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 99. Memeriksa kira-kira.

Kunci kira-kira, akaun pendapatan dan akaun perbelanjaan tahunan dan senarai pelaburan-pelaburan yang tersebut itu hendaklah sebelum dikeluarkannya, diaudit dan diakui betul oleh Ketua Audit Negara atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Audit Negara. Satu salinan surat akuan juruaudit itu hendaklah dikembarkan kepada semua salinan-salinan laporan dan akaun yang dikeluarkan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.