ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 163. Tahan sebelum penghakiman.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk menahan sebelum penghakiman hendaklah dibuat secara ex parte dalam Kamar dan keterangan untuk menyokongnya hendaklah dibuat melalui afidavit.

(2) Suatu perintah tahanan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah dicatat dengan alamat penyampaian plaintif.

(3) Perintah itu hendaklah diserahkan kepada bailif bersama dengan salinan semua afidavit yang digunakan dalam permohonan itu, dan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada defendan bersama dengan perintah.

(4) Jaminan yang hendak diberikan oleh defendan boleh diberi melalui -
(5) Mana-mana penjamin yang dicadangkan boleh, jika plaintif menghendaki, diperiksa untuk membuktikan kebenaran.

(6) Apabila jaminan telah diberi seperti yang diperintahkan, Pendaftar hendaklah memberi satu perakuan kepada bailif, dan pengemukaan perakuan itu hendaklah menjadi suatu kuasa yang cukup bagi melepaskan defendan dari tahanan.

(7) Wang jaminan dan semua pembicaraan mengenainya hendaklah tertakluk kepada perintah dan kawalan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.