ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERKARA KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 34. Jawatankuasa Fatwa.

(1) Maka hendaklah ada suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Fatwa.

(2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada-
(3) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, menjadi anggota Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dinamakan atau dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa dan hendaklah menjadi anggota Jawatankuasa Fatwa sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Enakmen yang terdahulu, dan dalam hal Mufti yang dilantik di bawah Enakmen terdahulu, dia hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah seksyen ini dan hendaklah terus memegang jawatan itu.

(4) Jawatankuasa Fatwa boleh, tertakluk kepada Enakmen ini, memutuskan segala persoalan yang berhubungan dengan tatacara dan amalannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.