ENAKMEN 13 TAHUN 1994
ENAKMEN TABUNG AMAL JARIAH NEGERI 1994


Fasal 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"institusi kewangan" termasuklah bank, bank perdagangan dan firma-firma jual beli saham;

"Lembaga" ertinya Lembaga Tabung Amal Jariah Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

"Negeri" ertinya Negeri Melaka;

"Pengerusi" ertinya Pengerusi Lembaga Tabung Amal Jariah Negeri yang tersebut di bawah seksyen 4(2) (a) dan termasuklah Timbalan Pengerusi yang tersebut di bawah seksyen 4(2) (b);

"sekuriti pasaran" termasuklah saham, dana, syer dan bon yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri dan saham-saham syarikat awam atau persendirian;

"Tabung" ertinya Tabung Amal Jariah Negeri yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.