ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 146. Keputusan mengenai rayuan.
Pada pendengaran sesuatu rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia berpendapat bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk campur tangan, menolak rayuan itu atau boleh-
(a)
dalam rayuan terhadap suatu perintah pembebasan, mengakaskan perintah itu dan mengarahkan bahawa tertuduh hendaklah dibicarakan semula, atau mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya mengikut undang-undang;
(b)
dalam rayuan daripada suatu sabitan atau dalam rayuan tentang hukuman -
(i) mengakaskan dapatan dan hukuman itu dan membebaskan atau melepaskan tertuduh, atau memerintahkan supaya dia dibicarakan semula; atau
(ii) mengubah dapatan, dengan mengekalkan hukuman, atau dengan atau tanpa mcngubah dapatan itu, mengurangkan atau menambah hukuman atau mengubah jenis hukuman itu;
(c)
dalam rayuan daripada apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.