ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 89. Bila saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi selesai memberi keterangan, Hakim Syariah hendaklah menyoalnya bagi mempastikan kebenaran keterangan saksi tersebut.

Huraian - Jika Hakim Syariah berkata mana-mana saksi itu bercakap benar atau mana-mana saksi itu adil tetapi saksi tersebut telah melakukan kesalahan dalam keterangannya atau saksi itu lupa fakta atau, katanya saksi itu adil tetapi saksi itu menafikan dakwaan tersebut, Hakim Syariah tidak boleh memberi keputusan, kecuali terlebih dahulu mempastikan saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.