ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 3 - PERLAKSANAAN



Seksyen 154. Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan.

(1) Suatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah-


(2) Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang tertentu.

(3) Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.