ENAKMEN 6 TAHUN 2001
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGAN II - PEMBUKTIAN
BAB 2 - KETERANGAN LISAN



Seksyen 47. Keterangan lisan mestilah secara langsung.

(1) Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara langsung iaitu-


(2) Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis itu.

(3) Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk pemeriksaannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.