ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 141. Penyelesaian.

Seorang penghutang penghakiman yang telah menjelaskan suatu penghakiman hendaklah berhak atas permohonannya, atau jika secara persetujuan, tanpa permohonan rasmi, mendapatkan penjelasannya itu dicatatkan di dalam fail dan buku daftar tindakan mal. Jika pemiutang penghakiman enggan memberi persetujuan tentang catatan tersebut, Mahkamah boleh, jika ia mendapati bahawa penghakiman itu telah dijelaskan memerintahkannya supaya membayar kos permohonan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.