ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Anggapan Tentang Dokumen



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu dokumen yang berupa sebagai salinan yang diperakui dari sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara luar Malaysia adalah tulen dan betul jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang disahkan oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.