ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 146. Memasukkan rayuan ke dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 143, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh ditetapkan, Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak-pihak terlibat notis mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan pihak yang berkenaan dan dengan memberi notis yang munasabah kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepatkan atau menangguhkan pendengar rayuan.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.