ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 37. Hukuman bagi subahat jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebabnya, dan jika tiada peruntukan yang nyata dibuat bagi hukumannya.

Sesiapa yang menyubahati sesuatu kesalahan hendaklah, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada peruntukan yang nyata dibuat oleh Enakmen ini berkenaan dengan hukuman bagi subahat itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Huraian-Sesuatu perbuatan atau kesalahan adalah dikatakan dilakukan oleh sebab subahat, apabila ia dilakukan oleh sebab hasutan, atau pada menurut pakatjahat, atau dengan bantuan yang menjadikan subahat itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.