ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 26. Perwakilan kuasa dan tugas.

(1) Majlis boleh melalui ketetapan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana Majlis fikirkan patut, mewakilkan kepada Yang Dipertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis perlaksanaan mana-mana tugasnya atau perjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Perlaksanaan tugas dan perjalanan kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua, Setiausaha atau jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua perbuatan dan perkara yang dibuat oleh mereka masing-masing menurut perwakilan di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.