ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 22. Akadnikah perkahwinan di Kedutaan-kedutaan, dsb. Malaysia di luar negeri

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan bolehlah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 26 (5) di kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahan Perkahwianan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

(3) Prosedur bagi akadnikah dan pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Perak di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu Negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Perak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.