ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN
Seksyen 66. Anggapan tentang undang-undang dan siaran keputusan.
Mahkamah hendaklah menganggap ketulinan setiap buku yang berupa-
(a)
sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa jua undang-undang negara itu; atau
(b)
sebagai mengandungi laporan keputusan Mahkamah negara itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.